Sungguh indah di pagi hari..melihat mentari bersinar berseri…
udaranya segar bak haruman kasturi…mengenangkan kuasa maha ilahi
gemersik suara buluh perindu..tandanya hidup harus dipandu
jangan di lupa tanggjawab kita…hendaklah hidup sanantiasa berpadu.
Sungguh malang bangsa tercinta…adanya manusia sang durjana
Entah kenapa riak melimpah..kononya dia sang perwira penyuluh bangsa tercinta.
Hakikatnya dia perderhaka bangsa..usah di Tanya siapa dia
Biarlah LUNCAI terjun dengan labu-labunya..
Serangkap kata pada orang terkesima…tanggungjawab usah di lupa..
Hebat perpada walau dimana…harus dingat hidup hanya sementara.
Bukan mudah hanya berkata…konon rakyat banyak berkata
Hakikatnya dia berjiwa derhaka..
Bukan mudah mahu memimpin…bukan mudah terpaksa dipimpin
Jangan rasa diri terhina..kena terima masa berubah..
Jangan asyik meng”Cover” diri kerana rakyat muak menyampah
Itulah seloka bangsa tercinta pahit dan sakit kena berubah…
No comments:
Post a Comment